Saturday, 6 October 2012

kasihmu semerbak FIRDAUSI

AYAH DAN IBU ... pada mereka ada syurga buat kita.. jasa mereka tidak terhitung, bakti mereka tidak ternilai.. betapa makbulnya doa ayah ibu hingga kita mampu hidup bahagia.. namun andai terguris hati kecil mereka, boleh membuka pintu kegagalan dan dosa...

disebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita.. setitis airmata ayah ibu yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah menjarakkan kita daripada redha 
syurga-NYA. 


marilaaa kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjamkan oleh-NYA... dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi... izinkan kenangan terindah insan rabbani ini terus dalam jiwa kita...


Ayah dan ibu 
ingin kulafaz jutaan terima kasih 
di atas kasih terindah,, kasih yang melindungi ...

Nama-nama kiamat dalam Islam menurut Al-Quran

^ gambar hiasan ^

Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk YahudiKristian dan Islam.




Rumi ArabTerjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯيوم القيامةHari kebangkitan
al-Sā'aṯالساعةWaktu
Yawm al-Akhīrيوم الآخرHari Akhir
Yawm al-Dīnيوم الدينHari akhir (agama)
Yawm al-Faṣlيوم الفصلHari keputusan
Yawm al-Ḥisābيوم الحسابHari perhitungan
Yawm al-Fatḥيوم الفتحHari pengadilan
Yawm al-Talāqيوم التلاقHari perpisahan
Yawm al-Jam'(i)يوم الجمعHari pengumpulan
Yawm al-Khulūdيوم الخلودHari kekekalan
Yawm al-Khurūjيوم الخروجHari Keluar
Yawm al-Ba'thيوم البعثHari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯيوم الحسرةHari penyesalan
Yawm al-Tanādيوم التنادHari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯيوم الآزفةHari mendekat
Yawm al-Taghābunيوم التغابنHari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īdيوم الوعيد
Yawm al-Aẕīmاليوم العظيمHari agung
al-Yawm al-Masyhūdاليوم المشهودHari penyaksian
al-Qāri’aṯالقارعةBencana yang menggetarkan
al-GhāsyiaṯالغاشيةBencana yang tak tertahankan
al-ṢākhkhaṯالصاخةBencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrāالطامة الكبرىBencana yang melanda
al-ḤāqqaṯالحاقةKebenaran besar
al-Wāqi'aṯالواقعةPeristiwa besar

Monday, 1 October 2012

DOA dikekal kan JODOH

Dalam rumi .. 


RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA, WA ZURIYATINA KURRATA'AYUN.

Ertinya :- 
kurniakan pasangan yang baik, anak-II yang menjadi penyejuk dimata dan penawar dihati, dan jadikan kami orang yang bertaqwa ..

d'SEBALIK tudung


Tudung wanita itu ada 4. 
Tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati.

Apa ertinya?

1. Tudung pada wajah: jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2. Tudung pada mata: jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

3. Tudung pada suara: jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.

4. Tudung pada hati: mengingati Allah dengan tasbih.

UMI ERIZ Copyright 2012. Jangan Copy Dog kerana anda mungkin didakwa.